Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)
Assalamualaikum
Pejam celik dah masuk tahun yang baru iaitu 2012, huhu, tak
sempat nak update blog pada 31 Disember 2011 atas sebab
kelembapan internet kat rumah aku ni. It's okay, tapi semalam
saya banyak membaca blog orang lain dan kebanyakkan
menceritakan mereka punya azam la, pahit manis 2011 la, ape
kejadah la, macam-macam la. Tapi aku lain, tahun ini aku malas
nak cerita benda-benda tersebut, biarlah aku dan maha kuasa saja
yang tahu, cheh poyo je. Okay la, cam biasa, klik read more.
Okay, 2011 sememangnya meninggalkan banyak kenangan manis
dan pahit serta masam dan banyak rasa lagi. Tapi perkara yang
dah berlalu biarkan saja berlalu. sekarang ni fikiran kita harus
ke depan okay!
yang menarik kerana beberapa acara besar berlaku pada tahun ini.
Antaranya ialah
Sukan Olimpik London 2012
Tahun ini bakal menyaksikan berlakunya sukan paling
berprestij di dunia. Sukan ini diadakan 4 tahun sekali dan
sebelum ini, Beijing menjadi tuan rumah pada 4 tahun yang
lalu. Kali ini, London pula mengambil tempat untuk menjadi
tuan rumah. Adakah Malaysia mampu mengutip pingat
emas pada kali ini, kita tunggu saja.
Euro 2012
Ya, inilah masa yang dinanti-nantikan, iaitu kejohanan
bola sepak peringkat Eropah iaitu Euro 2012. Kejohanan
ini merupakan kejohanan kedua terbesar selepas piala dunia.
Juara dunia, Sepanyol menjadi pilihan untuk menjadi juara
kejohanan ini.
Pilihanraya Umum
Tahun ini lah berlakunya Pilihanraya Umum ke-13. So, apa
pilihan anda? BN? PKR? PAS? DAP? BEBAS? suka hati
korang la, sebab aku masih bawah umur, tak main politik,
hahaha.
Spiderman/James Bond:Skyfall
Okay, tahun ini sebenarnya banyak filem baru bakal muncul
tetapi dua filem ni special kot. Spiderman musim terbaru
bakal keluar di pawagam beserta filem James Bond: Skyfall
bakal muncul juga tahun ini.
Dunia Berakhir
Okay, aku tahu benda ni topik paling popular yang kononnya
dunia akan berakhir pada tahun ini. Bab-bab ni malas aku nak komen
memanjang, sebab korang dah tahu bukan? So, terpulang kepada
anda untuk percaya benda ini ke tak. Tapi aku tak percaya.
Kesimpulannya, banyak lagi yang akan berlaku pada tahun ini,
tapi faham-faham jela tajuk post tu yang mengatakan 'apa
yang hot', so saya tunjukkan apa yang hot jela. Okay, sekian saja
post pertama saya pada tahun 2012, nantikan post kedua, ketiga
dan seterusnya akan datang, sekian,
Assalamualaikum.

0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)