Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)
Assalamualaikum
Pada Ahad yang lepas, SMK Segambut Jaya telah telah
menghantar sebahagian pelajar tingkatan 4 untuk menyertai
program yang dianjurkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk
Seri Najib Tun Razak iaitu 1M4U. Program ini diadakan di
Esplanade KLCC. Untuk selanjutnya, klik read more.
Sejurus sampai di sana, kami berjalan-jalan sambil melihat
apa yang menarik di sana. Apa yang menarik di sana,
pengunjung dapat membeli tiket perlawanan bola antara
juara EPL, Manchester City menentang Malaysia dengan
harga yang murah iaitu RM 10.
Selepas meronda-ronda, rombongan kami mengambil
kesempatan untuk pergi ke Pikom PC Fair turut berlangsung
KL Convention Centre bersebelahan Esplanade KLCC.
Pelbagai booth yang ada di sana dan yang paling mendapat
perhatian ialah booth Samsung. Di sana kita dapat melihat
seorang pelukis melukis potret dengan menggunakan Samsung
Galaxy Note.
Selepas penat berjalan kat Pikom PC Fair, kami berehat sebentar
di taman.
Selepas solat Zuhur di masjid As-syakirin, kami meneruskan
perjalanan ke Petrosains.
Selepas itu, kami solat Asar di surau yang ada di dalam Suria KLCC.
Setelah selesai menunaikan solat, kami pun bergerak pulang ke
asrama pada jam 6.30 petang. Sekian saja post kali ini.
Assalamualaikum.
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)