twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

Jalur Gemilang, Lambang Kemegahan Malaysia

Labels:

Pada tanggal 31 Ogos ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Korang mesti Jalur Gemilang iaitu
bendera negara kita yang aman dan berbilang kaum ini. Sempena bulam
kemerdekaan ini, saya akan berkongsi sedikit tentang Jalur Gemilang.

Klik read more.




 Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir
dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama
dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,
Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian
yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan
rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan
tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu
tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara
kita,layari laman web ini
www.malaysiamerdeka.gov.my