twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

Kawad Kaki Peringkat Negeri WPKL

Labels: ,
Assalamualaikum
Hari ini ialah hari terakhir dalam bulan April. Esok dah 1 Mei. Seperti yang kita 
tahu bahawa setiap tahun hari pekerja akan disambut pada tarikh tersebut. 
Memandangkan hari pekerja jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin telah 
diumumkan cuti sekolah, yahuu. Okay, balik ke pangkal cerita, pada tanggal 
19 April, berlangsungnya pertandingan kawad kaki peringkat  negeri WPKL 
yang diadakan di Padang Kawad PALAPES, Universiti Malaya. 
SMK Segambut Jaya telah menghantar 2 platun yang sebelum ini telah 
menjadi johan peringkat zon Sentul iaitu KRS putera dan PBSM putera. 
Lebih lanjut,klik read more.







Keputusan kawad kaki peringkat negeri kategori KRS,GO, NGO lelaki.
(yang perempuan aku tak ingat la)


Kategori KRS


Johan: SMK Taman Tun Dr. Ismail
Naib Johan: SMK Seri Titiwangsa
Ke-3: SMK Segambut Jaya
Ke-4 SMK Aminuddin Baki


Kategori GO


Johan: SMJK(C) Chong Hwa (Polis)
Naib Johan: SMK Bandar Tasik Selatan (PKBM)
Ke-3: SM Teknik Kuala Lumpur (Bomba)
ke-4: ??? (tak ingat skola mner) (Pertahanan Awam)


Kategori NGO


Johan: SMK Sri Pantai (Pengakap)
Naib Johan: SMK Segambut Jaya (PBSM)
Ke-3: SMK Wangsa Melawati (Pengakap)
Ke-4: SMK Cochrane (St. John Ambulan)


Ketua Platun PBSM SMK Segambut Jaya, iaitu Nasrullah bin Mohd 
Hanif telah dinobatkan ketua platun terbaik kategori NGO. So, tak ada 
apa2 nak aku cerita, so layan jela gambar2 yang aku selitkan ini.





Bo dan Zharif


Menuju Ke pintu masuk PALAPES,UM












Cecece...bajet lak budak tu..


Ni apa kes lak ni??







Guru pengiring, iaitu Cikgu Aliza, Cikgu Roziah dan 
Cikgu Wan Ros Intan.


Sekian saja post pada kali ini, sekian
Wassalamualaikum.