twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

Coca-Cola Ada Kena Mengena dengan Kokain?

Labels:
Assalamualaikum.. 
Selesai sudah Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 
12 Oktober yang lalu. Memey lega la sebab lepas ni boleh enjoy 
sepuas-puasnya, hehe. Okla, disebabkan dah lama tak update 
blog ni, ape benda tajuk post ni? So korang layan jela apa aku 
nak bebelkan ni. Macam biasa, klik read more.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?
So apa kena mengenanya?

Cube anda try test kat rumah benda ni.
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang 
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih.
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. 
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!
So? Ape kene mengena Coke dengan Kokain?
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola.
So, kesahihan maklumat ini belum saya pastikan lagi, tapi 
minuman berkarbonat macam coke ni memang tak berkhasiat 
pon. Kurang2kanlah atau tak payah minum langsung la air ni. 
Minum air masak lagi sedap. Ok la, sampai di sini sajalah 
post saya kali ini.


Sumber: Sioloon