twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

10 Stadium Terpelik di Dunia

Labels:
Assalamualaikum. 
Mula-mula sekali aku ingin mengucapkan selamat menyambut Awal 
Muharram dan Maal Hijrah kepda semua umat Islam di Malaysia mahupun 
di seluruh dunia. Ok, sebentar tadi, pasukan Harimau Malaya dikejutkan 
dengan kekalahan 2-3 di tangan Bahrain setelah mendahului 2-0. Adoi, 
tak mengapalah Malaysia, lain kali cuba lagi. Ok, kembali ke tajuk asal. 
Di dunia yang sementara ini, macam-macam perkara pelik dan unik 
yang belum kita ketahui lagi. Tapi hari ini para pembaca akan dihidangkan 
dengan senibina yang dihasilkan oleh manusia yang agak 'unik' 
kononnya. Macam biasa lah, takkan tak tahu lagi. klik read more 
untuk selanjutnya.




Ok, senibina pelik yang dikatakan oleh saya tadi ialah stadium. 
Semua manusia yang ada di muka bumi ini dikurniakan akal 
yang bijak oleh Allah SWT. Tetapi sebahagian daripada manusia 
terlampau bijak hinggakan mencipta sesuatu yang peling dan tak 
masuk akal. Ok lah, saya pun malas nak membebel. Mari kita 
kembali ke tajuk asal. Berikut adalah stadium-stadium yang 
pelik seperti yang dikatakan sebentar tadi.

10) Cocodrilos Sports Park


Terletak di Caracas, Venezuela, stadium ini merupakan stadium 
'multi-use' tetapi seringkali digunakan untuk perlawanan bola sepak. 
Berkapasiti 3000 tempat duduk dan terletak di sebelah highway.

9) Osaka Stadium


Berkapasiti 31379, stadium baseball yang terletak di Osaka ini 
ditukarkan menjadi 'sample housing sample showground' pada 
tahun 1988. Kini, bangunan ini dimusnahkan dan kemudian 
dijadikan sebagai pusat membeli belah.

8) A Pedreira Stadium


Terletak di Braga, Portugal, stadium ini merupakan stadium termahal 
dan terpelik di negara ini kerana mengambil kos sebanyak $122 juta 
untuk memnuang batu-batu di sekelilingnya dan kos ini bersamaan
kos pembinaan 10 stadium yang dibina semasa Euro 2004.

7) Croatia Gospin Dolac


Terletak di Imotski, Croatia, stadium yang boleh memuatkan 4000 
penonton ini dibina pada tahun 1989. Cantik tapi pelik.

6) Brazil Eco-Stadium


Terletak di Brazil, stadium ini lain sedikit kerana kerusi diletakkan 
di atas bukit tanpa menggunakan konkrit dan mesra alam.

5) Stadium Tepi Laut (bukan nama sebenar)


Terletak di Kepulauan Faroe, iaitu berhampiran Scotland dan 
Iceland. Setiap kali perlawanan bola diadakan, akan ada orang 
yang membawa bot untuk mengutip bola yang terjatuh ke laut.

4) Stadium Terapung


Terletak di Marina Bay, Singapura, secara keseluruhannya, stadium 
ini dibuat daripada besi. Berkapasiti 30 000 tempat duduk.

3) Chernomorets Balchik Stadium


Terletak di Bulgaria, empunya stadium ini iaitu Balchik FC yang 
kini bermain di divisyen 2 liga Bulgaria. Stadium ini paling buruk di 
negara ini.

2) Stadium Aalesund


Stadium yang terletak di Norway ini ialah stadium lama yang 
sangat pelik. Bukit terpaksa ditereskan untuk dijadikan tempat 
duduk.

1) Stadium Paling Sakai (bukan nama sebenar)


Terletak di Ukraine, stadium ini kelihatan padang bola biasa, 
mungkin ini salah satu projek stadium yang terbengkalai di 
negara tu kot. 

Demikian ialah stadium-stadium yang terpelik di dunia. Manusia 
zaman sekarang pelik-pelik je. Apa-apa pun nantikan post yang 
akan datang. Sampai di sini sajalah post kali ini, sekian.





Untuk peminat bola sepak Malaysia, mari kita like page ni untuk 
mengetahui isu semasa mengenai bole sepak Malaysia.