twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

Pahit Manis 2010 Sebagai Budak Blogger

Labels:
Assalamualaikum dan salam sejahtera...  
Haa..hari ni 1 Januari 2011, sekejap je masa berlalu kan. Dengan bermulanya 
tahun 2011 ni, bermakna bermula lah perjuangan aku sebagai calon PMR tahun 
ni. Yang tak bestnye esok da balek asrama. Bosan gile dowh, sebelum Zuhur 
dah bertolak balek ke asrama. Hari ni telah berkuatkuasanya azam aku. Nak 
tau azam aku, klik di sini. Hari ni aku begitu excited nak tulis post ini sebab
ni lah post pertama aku pada tahun 2011, yayy.


Gambar di ambil di Google, kemudian di edit

Dengan bermulanya tahun baru, bukan diri aku je yang nak berubah, 
blog ni pon memerlukan perubahan. Tapi lain kali lar aku memikirkan 
tentang perubahan itu. Tujuan sebenar aku tulis post ini ialah aku nigin
menceritakan sejarah blog aku ni. Haa.. Julai 2010 lar tarikh bermulanya
operasi blog ni. Lebih lanjut, klik read more




Mac 2010
***************
  Sebenarnya, aku mula menjebakkan diri dalam dunia blog ni pada Mac 
2010, pada ketika itu, aku mengendalikan blog bilik 20, iaitu salah satu
bilik yang tergempak kat asrama aku tu. Selepas itu, aku tak tau nak watpe,
aku tinggalkan blog itu selama 2 bulan. 

Jun 2010
***************
Aku mengaktifkan balik blog bilik 20 tu, kewujudan blog itu tak diketahui 
sape2 pon kecuali aku dan kwn aku, Nisa. Tyme tu Nisa pon baru nak 
aktif dlm dunia blog ni.

Julai 2010
***************
Aku tengok rmai orang buat blog personal ni, maka wujudlah blog 
kesayangan aku ni. Pada post pertama, aku menceritekan pengenalan
diri aku. Pastu aku da takde idea da. Pastu kwn aku, Irfan bagi idea kat
aku, aku pon citelah pasal piala dunia. 

Ogos 2010
**************
Sempena bulan Ramadan dan bulan kemerdekaan, aku menceritekan
tentang kelebihan berpuasa dan info kemerdekaan.

September 2010
***************
Oleh kerana raya pada bulan ni, maka aku telah menceritakan pengalaman
aku ketika beraya .

Oktober 2010
**************
Aku mula membahagikan blog ini kepada 4 bahagian, iaitu My Story
iaitu mencerite pengalaman diriku, Isu Semasa, My Lyrics dan Event.

November 2010
*************
Aku menulis post tentang perasmian menara jam SMK Segambut Jaya.
Bilangan pelawat menaik mendadak, daripada 473 pelawat naik hingga
800 pelawat. Satu pencapaian membanggakan bagi aku (bagi korang
ape la sangat).

Disember 2010
***************
Blog aku dikritik hebat oleh sorang hamba ALLAH. Oleh itu, aku buat
sedikit perubahan. Kemudian aku join GengBlogger, dan hasilnya, aku
dapat mempelajari serba sedikit tentang blog. Abg Arib telah mengajar
aku cara untuk meningkatkan bilangan followers iaitu dengan cara
'blogwalking', kini followers aku mencecah 40 orang.

2011
*********
Misi aku untuk blog ini ialah..
* Rajin2 lah buat blogwalking
*Ingin mendapat lebih 100 followers sebelum 2011 melabuh tirai.
* Aku target sebelum 2011 melabuh tirai, bilangan pelawat aku mencecah 5000.
Ok la, setakat ini sajela post aku kali ni, kalau ade pape yang tak puas hati,
tinggalkan komen anda di ruangan komen.
Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semoga azam 
anda tahun ini tercapai. Nantikan post yang akan datang.

Assalamualaikum, adios..sayonara..


P/S: saye bdk mentah dalam dunia blog ni, so, bole bg tunjuk ajar kat sye.




 
  1. pejam celik dah lama dah ko berblog...haha