twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

Paris Hilton Masuk Islam??

Labels: ,
Assalamualaikum :D
Bosan lak balik rumah ni, tak tau nak watpe. Homework sains BAB 4 dah 
siap. Oleh kerana bosan melanda jiwaku ini, aku terpaksa mengambil ubat 
yang menghilangkan rase bosan. Ubat tersebut bernama 'online'. Bile ambil 
je ubat ni, rasa bosan aku mula hilang. Tapi jangan amik banyak sangat ubat
'online' ni, nanti ketagih sampai solat pon tertinggal. Kita sebagai umat 
Islam haruslah solat lima waktu tau. Sebut pasal Islam, baru-baru ini, 
ada satu berita gempar yang mengatakan bahawa artis hollywood terkenal 
yang pernah digelar Puteri Sextape US dan mendapat undian sebagai 
selebriti paling jelek iaitu Paris Hilton telah memeluk Islam. Benarkah 
berita ini, mari kita terjah..



Muncul satu persoalan, benarkah berita ini, ataupun palsu belaka. 
jawapannya, ialah palsu belaka. Kenapa, kerana berita ini tersebar 
melalui laman web akhbar parodi online iaitu The Daily Squib. 
Akhbar tersebut terkenal kerana kerap mengeluarkan berita-berita 
palsu.


Oleh kerana teruja dengan berita tersebut, beberapa blogger telah pun 
menyebarkan berita palsu ini melalui blog mereka dan diperkongsi 
oleh pembaca melalui laman web sosial facebook dan twitter untuk 
memperdayakan masyarakat tanpa menyiasat fakta sebenar.


Gambar di atas ialah gambar Paris Hilton yang telah diedit. Kalau anda 
merupakan pemerhati yang hebat, anda akan perasan bahawa gambar ini 
mempunyai sedikit kecacatan pada bahagian bibir dan pipi.
Kesimpulannya, kita jangan terpedaya dengan berita palsu demikian. 
Sekian saje post pada kali ini, nantikan post pada akan datang. Sekian 
Wassalamualaikum.



 
  1. sengaja dorang ni buat mcm ni, nak suh kite minat dekat minah nie..huhu..x percaya langsung!