Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)
Assalamualaikum
Pagi tadi jam 10 pagi telah keluarnya keputusan PMR bagi tahun
2011 dan saya ialah salah seorang calonnya. Alhamdulillah, saya
memperoleh kputusan yang membanggakan iaitu 8A 1B, Harapan
untuk mendapat semua A tidak tercapai tetapi bersyukur apa yang
saya dapat. Klik read more untuk selanjutnya.
Tahun ini sekolah saya, iaitu SMK Segambut Jaya mencatat sebanyak
13 orang mendapat A dalam semua subjek, meningakt dari tahun
lepas. Walaupun tidak secemerlang sekolah lain, tetapi peningkatan
ini agak membanggakan. Berikut adalah gambar suasana ketika
mengambil result PMR di sekolah saya.
Bersama Ustaz Abrar, guru Bahasa Arab
Salah seorang calon mendapat 9A
Sekian saja post kali ni, nantikan post akan datang.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah bro!