twitter rss

Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Labels:

Assalamualaikum, Semalam aku tengok tv, tengok berita jap,
tetibe ade lak bende menyibuk, aku bengang jer. Owh, rupe-rupenye
pengumuman raya. Aku pon usha jela pengumuman raya yang
dismpaikan oleh pemegang mohor terbesar. "Kini diisytiharkan,
bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 10 September 2010,
bersamaan hari Jumaat". Perghh...memang aku gembire tahap
gaban la. Aku ngan family aku dah siap kemas rumah la. Tahun ni
baju melayu aku warna biru muda, haha. Tahun xtau lg la
balik kampung ke tak, tapi, rase nye balik kot, sebab nak
ziarah kubur nenek n atok aku. Ok la, sampai di sini saje la.
Aku mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

pertandingan nyanyian lagu patriotik

Labels: ,

Assalamualaikum, bende ni patutnya aku update bulan lps, tapi terlupe
pulak. Ok, pada hari Khamis, 26 Ogos 2010, Aku bersama Omar,
Zulhimi dan Fadhil mewakili kelas 2 Aliran 1 menyertai pertandingan
nyanyian lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan yang dianjurkan
oleh SMK Segambut Jaya. Sebanyak 36 kumpulan yang menyertai
pertandingan tersebut kerana setiap kelas diwajibkan menghantar
wakil. Jika ada kelas yang tidak menghantar wakil, akan dikenakan
tindakan. Kami menyanyikan sebuah lagu bertajuk Warisan yang
dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Antara kelas
form 2, aku rasa persembahan kelas 2 Aliran 1 paling gempak
(yeke???...hahaha). Ok la, sampai di sini saje. Bye,
Wassalamualaikum..


Zulhilmi(kot biru),Omar(kiri),Fadhil(kanan),
aku(blakang)

Argentina 4-1 Sepanyol, perlawanan persahabatan

Labels:
1
Fernando Llorente(84)

4
Lionel Messi(10)
Gonzalo Higuain(13)
Carlos Tevez(34)
Sergio Aguero(90)



Pada hari Selasa, 7 September 2010, berlangsungnya perlawanan
persahabatan iaitu juara dunia 2010, Sepanyol menentang Argentina.
Perlawanan ini berlangsung di Monumental Stadium, Buenos Aires.




Kali terakhir pasukan Sepanyol bertandang ke Buenos Aires ialah
pada Piala Dunia 1978 menyaksikan Argentina sebagai tuan rumah
dan juara pada waktu itu. Nak tahu lebih lanjut, klik kat read more




Sambutan Ambang Kemerdekaan dan Majlis Berbuka Puasa

Labels: ,
Assalamualaikum w.b.t. Post kali ni aku ingin menceritakan
sikit pengalaman aku. Pada hari Isnin, 30 Ogos 2010,
SMK Segambut Jaya telah mengadakan satu event iaitu
sambutan ambang kemerdekaan dan majlis berbuka puasa
iaitu bertempat di dewan terbuka asrama pada jam 5.30
petang. Cerita lagi, klik read more.




Jalur Gemilang, Lambang Kemegahan Malaysia

Labels:

Pada tanggal 31 Ogos ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Korang mesti Jalur Gemilang iaitu
bendera negara kita yang aman dan berbilang kaum ini. Sempena bulam
kemerdekaan ini, saya akan berkongsi sedikit tentang Jalur Gemilang.

Klik read more.



EPL 2010/2011

Labels:

England Premier League(EPL) ataupun dikenali sebagai
Barclays Premier League kembali untuk tahun 2010/2011.
Seperti biasa 20 pasukan berentap untuk mendapatkan kejuaraan.
Antara pasukan yang berentap ialah seperti biasalah,Chelsea,
Manchester United,Liverpool,Arsenal,Manchester City,
Tottenham Hotspur,Bolton,Birmingham,Wolverhampton,
Blackburn,Aston Villa,Sunderland,Stoke City,Fulham,
Everton,West Ham United,Wigan dan tiga pendatang baru
iaitu Newcastle,Blackpool dan West Bromwich.

Selamat menyambut Ramadan al mubarak

Labels:

Assalamualaikum w.b.t
Dah lame aku update blog,maklum la tak ade mase.
Hari ni dah masuk hari ke 18 kita menunaikan rukun islam
yang ke-3,iaitu berpusa di bulan Ramadan. Jadi, tak buang
masa lagi, aku ingin mengucapkan selamat menyambut
Ramadan al mubarak. Puasa,jangan tak puasa.

Kelebihan bulan Ramadhan

Labels:

Oleh kerana bulan Ramadhan hampir menjelma, saye ingin berkongsi
 ilmu tentang kelebihan bulan Ramadhan. Berikut beberapa hadith yang
 menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama 
dan mendapat keberkatannya .


1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
lagi hadia, klik read more.

Keputusan UK2 aku..

Labels:
Pada tanggal 29 Julai 2010 hari itu, maka berakhir la Ujian
Kemajuan 2 2010 bagi tingkatan 1 dan 2 di SMK Segambut
Jaya. Keesokan hari dan seterusnya, cikgu telah bagi beberapa
kertas ujian dan keputusannya...........T_T............Beberapa mata
pelajaran mendapat keputusan yang teruk(bagi aku)



(Gambar hiasan...tiada kena mengena dengan aku)