Eh? Reti Bukak Kenalah Reti Follow :)
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Haa..baru2 ni Asyraf telah menulis post tentang azam tahun baru kan?
Haa..kali ini Asyraf nak tulis post tentang tahun baru gak, tapi tahun baru
dalam kalender Islam iaitu Awal Muharam atau dikenali sebagai Maal
Hijrah yang disambut pada esok hari (mengikut kalender masihi).
Ape nak Asyraf nak cerite pada post kali ini? Haa..nak tahu
selanjutnya, klik kat read more.
Haa...selalunye, kite mesti akan menyambut tahun baru bagi tahun
masihi, tetapi kite lupe akan Awal Muharram iaitu tahun baru dalam
kalender Islam. Kite kalau boleh sambutlah Awal Muharram ni. Tetapi
bukannya menyambut dengan secara salah contohnya membuat pesta
tahun baru, dan membuat perkara negatif pada hari tersebut. Sebaliknya
kite menyambut dengan cara betul seperti membuat solat sunat,
berzikir, dan sebagainya. Bile kite cerite pasal hijrah, mesti kite akan
akan berazam untuk mengubah diri kite kepada yang lebih baik.
Contohnya, perangai kite, kalau perangai kite kurang baik, berusahalah
untuk berubah menjadi baik. Masyarakat Islam juga haruslah berhijrah.
Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya.
Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut
ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar
masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya
bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai
berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin,
berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang
berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.
Kesimpulannya, masyarakat Islam harus menerapkan semangat
Maal Hijrah dalam diri masing2. Semoga post kali ini dapat menyedarkan
korang agar diri korang dapat berubah dan berhijrah ke lebih baik.
sekian.
Kredit:
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)